Perunding Lesen Berdaftar
Kelulusan permit & lesen premis (PBT, Bomba, KKM, JKM,PPD) seluruh Lembah Klang — tanpa pening kepala memikirkan pematuhan agensi teknikal. Anda fokus mendidik, kami uruskan semua.
Apa Kami Buat
Empat bidang utama yang kami uruskan supaya premis anda berdaftar dan beroperasi secara sah.
Pendaftaran penuh untuk taska, tadika, pusat tuisyen atau pusat jagaan yang baru beroperasi.
Pengurusan pembaharuan tahunan lesen berniaga, permit mengajar dan permit-permit PBT.
Permohonan lesen iklan premis (signboard) yang diluluskan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan mengikut syarat PBT setempat.
Kelebihan Kami
Kami meningkatkan kualiti perniagaan anda dengan memastikan premis mematuhi syarat teknikal setiap agensi sebelum beroperasi.
Penyelarasan dokumen mengikut keperluan setiap agensi untuk memastikan proses cepat dan lancar.
Memastikan premis anda mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh setiap agensi sebelum permohonan dihantar.
Elakkan penolakan permohonan, kelewatan dan kos renovasi yang tidak perlu.
Dari audit tapak awal sehinggalah lesen dikeluarkan — kami bersama sepanjang proses.
Cara Kami Bekerja
Proses kerja kami yang teratur untuk memastikan ketenangan minda anda.
Perbincangan jenis premis, lokasi dan semakan pematuhan syarat teknikal.
Semakan fizikal pematuhan kehendak pemasangan keselamatan, kebersihan dan susun atur premis.
Penyediaan fail lengkap dan penyerahan rasmi kepada agensi terlibat.
Klien menerima lesen/permit dan premis sedia beroperasi secara sah!
Harga Telus
Penyelesaian fleksibel mengikut tahap persediaan perniagaan anda.
Sesuai untuk pemilik baharu yang sedang memilih premis & merancang persediaan awal.
Ideal untuk premis sedia ada yang mahukan lesen dengan pantas & cekap.
Penyelesaian premium sedia-pakai dengan ketenangan fikiran & sokongan berterusan.
Soalan Lazim
Jawapan pantas kepada kemusykilan kebiasaan pengusaha premis sebelum memulakan proses permohonan lesen.
Masa bergantung kepada penyediaan dokumen dan tempoh yang diambil agensi teknikal untuk meluluskan permohonan. Secara purata, proses mengambil masa 6–12 bulan dari audit awal hingga lesen dikeluarkan.
TIDAK BOLEH. Hanya rumah corner lot atau sesebuah sahaja dibenarkan tertakluk kepada syarat pengezonan PBT kawasan serta sokongan jiran berdekatan dan pemeriksaan Bomba.
Fokus utama kami adalah Lembah Klang untuk memastikan kualiti audit on-site. Untuk kawasan luar, sila hubungi kami untuk perbincangan lanjut.
Jika anda hanya memerlukan konsultansi kesesuaian premis sahaja, pilih Basic. Sekiranya sudah ada premis dan ingin mendapatkan lesen, Pro adalah pilihan terbaik. VIP sesuai untuk pengusaha yang baru dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan mahukan penyelesaian menyeluruh dengan sokongan berterusan.
JANGAN TANGGUH LAGI. MULAI SEKARANG!
Jangan biarkan isu teknikal menyebabkan premis anda beroperasi secara tidak sah. Hubungi perunding kami hari ini.